blogger chat

Create a Meebo Chat Room

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.
Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.

Benarkah Boleh Menjana Pendapatan Dengan Blog?

Saya percaya yang ramai daripada anda tidak percaya bahawa blog ini boleh menjana wang dengan banyak namun pada hari ini saya berharap agar persepsi anda berubah. Saya masih ingat pada tahun 2006 dan ketika itu saya berumur 16 tahun. Saya telah membaca satu artikel di Internet yang menceritakan tentang buat duit dengan menulis blog. Wah, saya betul-betul teruja ketika itu dan saya terus membina blog percuma yang menceritakan tentang jenis-jenis bunga di seluruh dunia.
Artikel saya copy dan edit daripada beberapa website terkemuka yang juga menceritakan perkara yang sama. Akhirnya setelah 3 bulan akhirnya saya telah berjaya mendapat cek bernilai $100 lebih-lebih daripada adsense! Pada ketika itulah saya benar-benar percaya bahawa Internet dan blog sememangnya boleh buat duit. Selepas itu, saya buat lebih banyak blog lagi dan akhirnya mendapat cek daripada adsense setiap bulan sehinggalah saya terpaksa masuk ke asrama untuk mengambil peperiksaan :D
Saya pernah berkesempatan menemubual seorang pro blogger Malaysia iaitu LiewCF dan juga pernah bertanya tentang pendapatan beliau daripada blog. Beliau telah mendedahkan bahawa pendapatan beliau daripada adsense sahaja sudah mencecah $100 sehari daripada blog LiewCF.com. Bukan itu sahaja, saya juga pernah menghantar emel kepada seorang remaja berusia 18 tahun iaitu Thilak Raj Ra daripada India yang mengasaskan blog Tech-Buzz.net. Tahukah anda bahawa beliau menjana pendapatan $3000 sebulan daripada blog beliau dengan Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah blogger berjaya yang saya tidak ceritakan pada post kali ini. Insyallah dikesempatan lain saya akan cuba mengetengahkan kisah blogger-blogger yang berjaya menjana pendapatan secara tetap di Internet.

In Business Your Happiness Must Come Before Your Profits

Sepanjang saya tahu bahawa blog itu boleh menghasilkan wang, saya telah membina berpuluh-puluh blog tentang pelbagai topik kerana terlalu rakus dalam mengejar wang. Yer lah, siapa taknak duit kan :) Saya telah menghasilkan blog tentang bola sepak, telefon bimbit, bunga, kasut dan sebagainya. Saya telah membeli satu hosting yang cukup besar untuk parking semua domain dalam hosting tersebut.
Namun, semua usaha saya telah sia-sia dan saya telah kerugian wang, masa dan tenaga. Ini kerana blog-blog tersebut tidak dapat menjana wang dan pelawat juga terlampau sedikit. Setelah saya kaji apakah kesilapan yang saya lakukan, akhirnya saya dapat kenal pasti saya telah lakukan 2 kesilapan besar.
1) Menulis blog tentang perkara yang kita tidak minat.
Saya hanya blogging untuk mendapatkan wang. Saya tidak sedar tentang hakikat sebenar kenapa blog itu diwujudkan. Blog diwujudkan untuk kita berkongsi maklumat-maklumat berguna kepada para pengguna Internet. Namun, blog saya hanya copy paste maklumat di web lain dan menjadikan blog saya langsung tidak unik dimata pelawat. Selain itu, motivasi saya juga semakin berkurang kerana saya hanya menulis blog untuk mendapatkan wang. Apabila saya tidak dapat wang, maka saya sudah malas untuk mengemaskini blog tersebut.
Rupanya benar apa yang saya baca tentang kisah-kisah blogger yang berjaya dimana mereka membina blog bukan atas dasar duit tetapi lebih kepada minat. Apabila kita membina blog berlandaskan minat, maka wang sudah menjadi perkara nombor dua. Walaupun anda tidak mendapat wang, namun jiwa anda masih teruja untuk mengemaskini blog anda. Itulah kunci sebenar untuk menjana wang dengan blog, iaitu jangan membina blog semata-mata kerana wang. Selain itu, mereka yang berjaya menjana wang dengan blog juga biasanya hanya fokus kepada beberapa blog sahaja. Mereka tidak mempunyai sampai berpuluh-puluh blog dan saya rasa mungkin paling banyak pun 5 buah blog yang perlu dikendalikan.
2) Tidak belajar tentang selok-belok blogging.
Satu lagi kesilapan saya ialah tidak belajar betul-betul tentang konsep blogging. Jika anda ingin betul-betul menjana wang dengan blog, maka anda perlu belajar selok-belok menaja wang dengan blog. Anda perlu tahu bagaimana cara untuk memaksimakan pendapatan, bagaiaman untuk meng”SEO”kan blog anda, bagaimana ingin mendapat berita-berita terkini tentang blog dan sebagainya. Jadi anda perlu betul-betul belajar bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
Setelah saya sedar tentang dua kesilapan besar yang telah saya lakukan, saya segera membina blog yang bukan lagi di atas dasar wang tetapi lebih kepada dasar minat. Nampaknya saya begitu seronok menulis blog walaupun blog tersebut tidak memberikan apa-apa pulangan kepada saya. Namun, selepas beberapa bulan akhirnya blog yang saya bina atas dasar minat tersebut telah mula memberikan wang tanpa henti kepada saya.

Berita Yang Mengemparkan Kita

Blog juga sebenarnya satu aset yang sangat bernilai. Jadi tidak hairanlah jika kita mendengar berita-berita bahawa blog berjaya dijual dengan harga puluhan ribu ringgit malah sehingga mencecah jutaan ringgit! Contoh terdekat ialah saudara Bob yang telah berjaya menjual blog beliau dengan harga RM60 ribu selepas hanya 6 bulan membina blog tersebut. Blog yang beliau jual ialah BlogOhBlog.com yang berkisarkan tentang perkara yang beliau minat dan pakar iaitu wordpress theme. Kisah ini akan didedahkan dalam Majalah IM edisi 8 :)
Selain itu ialah kisah seorang pemuda yang bernama Johns Wu dan berusia 22 tahun telah menjual blog yang telah beliau bina selama 2 tahun iaitu Bankaholic.com. Beliau telah berjaya menjual blog tersebut dengan harga $15million! Satu harga yang menjadikan beliau jutawan dalam sekelip mata. Saya rasa beliau juga mengamalkan 2 prinsip yang saya kemukakan di atas iaitu menulis blog bukan kerana wang dan beliau belajar tentang selok-belok blogging.
Konklusinya, anda perlu bertindak hari ini untuk berjaya pada hari esok. Belajarlah tentang bagaimana ingin membina blog dan binalah blog berdasarkan minat anda. Saya percaya anda boleh melakukanya kerana anda berjaya membaca post ini hingga tamat. Ini buktinya anda sememangnya boleh berjaya!
Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.


p/s: Artikel ini sy copy bertujuan untuk menyebarkan info untuk semua blogger...

       sumber:http://www.majalahim.com

Comments :

0 comments to “Menjana Pendapatan Dengan Blog”

Post a Comment